Kisah Kejayaan

Medelina Lam

Madelina Lam merupakan seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Udin, Bayong. Madelina merupakan pelajar Tahun 6, berusia 12 tahun. Sebelum ini , adik Madelina kurang berpengetahuan dalam bidang ICT dan cara menggunakan komputer dengan betul. Madelina juga menyiapkan kerja kursus sebelum ini hanya menulis sahaja dan mencari maklumat hanya berpandukan buku yang sedia ada .

Selepas bimbingan daripada PI Bayong, Medina Lam telah mahir mengunakan Microsoft Word dan boleh menaip. Madelina juga sudah dapat menyiapkan kerja kursus dengan hanya menaip. PI Bayong juga mendedahkan cara mendapatkan maklumat dengan menggunakan internet. Dengan adanya pengetahuan menggunakan internet, sekarang beliau tidak hanya bergantung dengan buku sahaja untuk mencari maklumat pelajaran.


Ngayan Umin

Nyagan Anak Umin berusia 31 tahun dan merupakan seorang surirumah. Beliau telah memulakan perniagaan membuat Homemade Sabun Madu Kelulut sebelum PI Bayong ini dibuka pada September, 2016. Setelah pembukaan PI Bayong, Puan Nyagan mengambil peluang untuk memajukan perniagaan sabun kelulut beliau.

Beliau kerap datang ke PI Bayong untuk mengemaskini FB Page beliau serta untuk memuat naik produk terbaru. Menurut beliau, dengan fasiliti internet berkelajuan tinggi di PI Bayong merupakan salah satu cara terbaik untuk mempromosi produk beliau kepada masyarakat di luar sana.


Antonio Itar

Antonio Itar, 14 tahun merupakan seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. paoh. Sebelum ini , Antonio kurang berpengetahuan dalam bidang ICT dan cara menggunakan komputer dengan betul. Madelina juga menyiapkan kerja kursus sebelum ini hanya menulis sahaja dan mencari maklumat hanya berpandukan buku yang sedia ada . Beliau juga tidak mengetahui kelebihan kegunaan internet dalam kehidupan seharian.

Selepas bimbingan daripada PI Bayong, Antonio telah mahir mengunakan Microsoft Word, Excel dan PowerPoint dan boleh menaip. Beliau juga sudah dapat menyiapkan kerja kursus dengan hanya menaip. Kini, beliau tidak hanya bergantung kepada buku sahaja untuk mencari maklumat pelajaran.Dengan kepantasan kelajuan internet di Pusat Internet Bayong, memudahkan lagi beliau mencari maklumat menggunakan internet. Kini, PI Bayong merupakan tempat untuk Antonio belajar dan mencari maklumat yang dikehendaki.


Hanti Benit

Hanti Benit , 30 tahun dan merupakan seorang surirumah selalu mengikuti kelas-kelas atau bengkel-bengkel yang diadakan di PI kg Bayong dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Bayong sepenuhnya untuk mencari maklumat dan mengemaskini FB untuk mempromosikan produk.

Selepas bimbingan daripada PI Bayong, Hanti telah membuka satu Page di Facebook (Prodak Seri Cantik/ Francisca Benit) untuk mempromosi produk beliau kepada orang ramai. Beliau menggunakan saluran media social untuk berhubung dengan pelanggan . Dengan adanya pengetahuan menggunakan internet, sekarang beliau tidak hanya bergantung dengan telefon sahaja untuk mempromosi produk tersebut .


Aikly Brudie

Aikly Brudie merupakan salah seorang ahli pusat internet . Beliau berumur 10 tahun dan bersekolah di SK Udin. Sebelum wujudnya PI Bayong, beliau hanya menggunakan computer untuk melayari laman social dan menonton youtube. Dengan ada bimbingan daripada PI Bayong, Aikly semakin mahir menggunakan aplikasi terdapat dalam computer dengan menghadiri kelas yang diadakan oleh pihak PI.


Maxxwell Yuri

Maxxwell merupakan salah seorang ahli pusat internet . Beliau berumur 10 tahun dan bersekolah di SK Udin. Sebelum wujudnya PI Bayong, beliau kurang pengetahuan menggunakan aplikasi computer, etika menggunakan internet dengan betul dan kurang pendedahan dengan isu- isu semasa yang berkaitan dengan ICT masa kini. Dengan ada bimbingan daripada PI Bayong, Maxxwell semakin mahir menggunakan aplikasi terdapat dalam computer dengan menghadiri kelas yang diadakan oleh pihak PI.


Jicky Anak Maria

Jicky selalu mengikuti kelas-kelas atau bengkel-bengkel yang diadakan di PI kg Bayong dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Bayong sepenuhnya untuk mencari maklumat dan menyiapkan kerja sekolah. Malah, ketika cuti sekolah, masa beliau banyak dihabiskan di PI Kg Bayong untuk tujuan pembelajaran.


Rosyella Lemysa

Rosyella Lemysa selalu mengikuti kelas-kelas atau bengkel-bengkel yang diadakan di PI kg Bayong dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Bayong sepenuhnya untuk mencari maklumat dan menyiapkan kerja sekolah. Malah, ketika cuti sekolah, masa beliau banyak dihabiskan di PI Kg Bayong untuk tujuan pembelajaran.


Natasha Kennedy

Maxxwell merupakan salah seorang ahli pusat internet sejak 2017. Beliau berumur 15 tahun. Sebelum wujudnya PI Bayong, beliau kurang pengetahuan menggunakan aplikasi computer, etika menggunakan internet dengan betul dan kurang pendedahan dengan isu- isu semasa yang berkaitan dengan ICT masa kini. Beliau juga hanya bergantung dengan buku sahaja apabila menyiapkan kerja sekolah dan kerja kursus.

Dengan ada bimbingan daripada PI Bayong, Natasha semakin mahir menggunakan aplikasi terdapat dalam komputer dengan menghadiri kelas yang diadakan oleh pihak PI. Beliau juga sering pergi ke PI Bayong untuk mencari maklumat berkaitan dengan kerja kursus. Menurut beliau, dengan adanya PI Bayong dan kemudahan yang disediakan memudahkan beliau mencari maklumat dan mencetak kerja kursus.


Roddy Anak Jostin

Roddy merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Udin.Beliau berumur 9 tahun. Roddy menjadi ahli pusat internet pada tahun in,2018. . Sebelum wujudnya PI Bayong, beliau kurang pengetahuan menggunakan aplikasi komputer. Beliau juga sering menghabiskan masa lapang dengan bermain. Selepas wujudnya PI Bayong, Roddy kerap berkunjung ke pusat internet dan sering menghadiri kelas ICT yang diadakan oleh staf PI. Kini, beliau mahir menaip dan mencari maklumat yang berkaitan pengajaran menggunakan internet.


Cathalina Sharon Anak Saloma

Cathalina merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Udin. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak mudah putus asa. Sebelum wujudnya Pusat Internet Bayong ini, beliau Cuma bergantung bahan pembelajaran melalui guru-guru di sekolah. Selepas bimbingan daripada PI Bayong, Cathalina banyak menimba pengetahuan baru terutamanya dalam bidang ICT. Sekarang beliau sudah pandai mencari maklumat pelajaran di dalam internet. Beliau juga sering mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PI Bayong. Sekarang Cathalina sudah mahir menaip menggunakan Microsoft Office.


Jackyline Anak Ginyau

Jackyline merupakan seorang dropship kepada produk Queen Mutiara. Beliau menggunakan Facebook untuk mempromosikan produk tersebut kepada rakan-rakan. Dengan adanya kelajuan internet di Pusat Internet Bayong memudahkan beliau mengemaskini mengenai prosuk tersebut di Facebook .


Juicky Anak Maria

Jicky seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Paoh , 16 tahun dan merupakan seorang daripada ahli PI1M Bayong. Kemahiran yang dimiliki oleh Jicky ialah mereka sesuatu menggunakan manik. Jicky mahir membuat gelang tangan, gelang kaki dan rantai menggunakan manik. Beliau menggunakan saluran media social untuk berhubung dengan pelanggan . Dengan adanya pengetahuan menggunakan internet, sekarang beliau tidak hanya bergantung dengan telefon sahaja untuk mempromosi produk tersebut .


Meliaana Anak Albert Panie

Kali ini Pusat Internet Bayong memperkenalkan salah satu Consultant Mary Kay. Beliau juga menggunakan produk ini dalam rutin harian beliau. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi beliau di 01114663930.


Niesha Natalia Anak Willian Suni

Niesha merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Paoh. Beliau berumur 13 Tahun, tingkatan 1. Beliau kerap ke Pusat Internet Bayong untuk mencari maklumat terutamanya berkaitan dengan kerja kursus. Selepas menghadiri kelas ICT yang telah di anjurkan oleh staff Pi Bayong, Niesha sekarang semakin mahir menggunakan computer untuk dijadikan salah satu bahan mencari maklumat.